Ahad, 15 Oktober 2017

Outlook

We dont paint things as they are
We paint things...as we are!

Aasiyaa
I know.

Jumaat, 13 Oktober 2017

Mahai ya?

dokter:  kalau makcik tak rasi ubat b ni, makcik kena beli ubat a kat farmasi. Satu papan 10 biji  duk ada  dalam 5 ringgit.  Sebulan duk ada dalam  15 ringgit jer makcik.   Sementara ja makcik. Nanti stok sampai kita sambung ambik kat sini lagi.
Makcik: (berkacakaca  mata makcik menahan airmata)....Makcik duk bujang. Pakcik lama dah takdak. Anak makcik 4 orang. 2 menikah, anak depa pun ramai. Hat nomboq 3 tu kerjja kelang, dialah  duk bantu makcik beli beras bulan2. Anak makcik yg bongsu tu OKU.  Perangai macam budak-budak. Dapat dari kebajikan rm250 sebulan. Tapi laa ni barang mahai...dia minta beli nak makan  dagin pun...kami tak dak. Ubat 15 ringgit tu mahai.
dokter: makcik mai klenet naik apa?
Makcik: Anak makcik yg sulung mai hantaq makcik naik motor.


#sebenarnya renew lesen motorbike pun is a big burden to some people#
#i know...i have met#
💕Aasiyaa

Jenis pekerjaan yang jarang didengar di media sosial

-saya kereja koleq bas.
-saya drebar lori
-saya line reader kat kilang di prai
-saya kerja kilang tayar..silverstone kat kamunting
-saya kerja kilang tisu
-saya kutip kelapa sawit. Sakit pinggang mau angkat berat.
-tak payah mc dokter, saya kerja kontrak buat rumah
ada kerja ada gaji takda kerja takda gaji. Dia tak kira mc.
-saya nelayan. Bot bukan sendiri punya. Ada toke. Mau mc.
-saya buat telur masin, juai.
-saya berniaga pasar malam.
-saya cuci pinggan kat kedai makan.
-saya cuci rumah orang.
-saya ambik upah kopek udang. Gatai2 tangan saya ni.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Shift to the right

You are  logically
A  strong person.
But sometimes
Turn of events
Gets you so mentally tired
Then almost spontaneously
It shifts to the right.

#simple#

Rabu, 4 Oktober 2017

Sentap punya cerita#1#


Saya cuci orang punya rumah-saya umur sudah 60.  Sudah 18 tahun saya laki mati.
Saya sendiri jaga 6 anak.   Sekarang  diorang apapun tak boleh tolong.  Saya telefon kalu , marah.  3 lelaki. 2 perempuan sudah kawin. 1 orang anak juga ada.
Kadang2 dia tolong sama saya. Mesti mau kerja.  Rumah pun sewa.
#september2017#
#lifeattheclinic#