Bagaimana sekiranya
Kalau sebenar-benarnya
Kita adalah
Orang-orang yang memupuk
Naluri –naluri
Dan menjadikan
Naluri itu…
sebagai alasan nombor satu
untuk memupuk nafsu?
Ataupun…..
Bagaimana sekiranya
Kalau sebenar-benarnya
Kita adalah
Dikalangan orang-orang
Yang menyediakan
Persekitaran paling jitu
Untuk
Sebahagian dari kita
Memupuk naluri-naluri itu
Sebagai alasan nombor satu
Pelampiasan nafsu?
Atas dasar suka-suka?
diiringi naluri yang alpa?
diiringi naluri yang alpa?
Atas dasar cinta?
Sudah dijadikan begini….
Sejak azalinya?
Ini....
Hak asasi manusia!
Sebenarnya……
Hak DIA kita letak kan di mana?
Aasiyaa
21-22.2.12
(Ini naluri saya. Tak boleh ‘judgemental’ ya! :) )